Sunday, August 29, 2010

KES BUNUH TENTU MEMBIMBANGKAN KITA...MACAM UNDANG2 YANG ADA TIDAK MENAKUTKAN PEMBUNUH...

Mayat wanita ditemui di kawasan pembuangan sampah Pulau Indah



2010/08/29

SHAH ALAM: Mayat seorang wanita dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Sungai Chandong 12, Bandar Armada Putra, di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, hari ini.
Bagaimanapun, pasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamtan itu tidak dapat mengenal pasti identiti mayat itu kerana tiada dokumen pengenalan ditemui padanya, katanya ketika dihubungi di sini.

"Pemeriksaan awal pada mayat itu mendapati beberapa kesan tikaman di pipi, perut, tangan dan belakang badan mangsa. Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tempat berkenaan," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya hanya menemui sarung pisau berdekatan mayat wanita berkenaan tanpa senjata yang digunakan.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

-Bernama


Polis tahan suami wanita mangsa bunuh



2010/09/01

KLANG: Ekoran keterangan meragukan, polis menahan suami wanita yang mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di tempat pembuangan sampah di Jalan Sungai Cendong 12, Pulau Indah, Ahad lalu, bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata lelaki terbabit ditahan di bandar ini kira-kira jam 5 petang semalam dan kini direman seminggu.
“Kami menahannya berikutan banyak keterangan yang diberikan meragukan dan siasatan menjurus kemungkinan ia berpunca daripada perasaan tidak puas hati suami mangsa.

“Siasatan masih berjalan dan polis masih menyiasat sama ada dia sengaja mereka cerita atau sebaliknya,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan sebelum ditahan, lelaki berusia 40-an itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menguruskan jenazah isterinya dihantar pulang ke Banting bagi urusan pengebumian.

Mayat Mariam Osman, 39, ditemui seorang pengawal keselamatan dalam keadaan perut terburai dan terdapat kesan tikaman di muka, tangan dan belakang badan dipercayai menggunakan senjata tajam, Ahad lalu.

Polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Remaja parah leher dirodok



2010/09/01

AMPANG: Tidak puas hati barangan yang disamun terlalu sedikit, seorang lelaki sanggup merodok leher remaja yang menjaga kedai keluarganya di Jalan Bunga Tanjung 9, Taman Muda, dekat sini sehingga cedera parah, kelmarin.
Difahamkan, suspek mahu merampas wang di kaunter kedai, walaupun sebelum itu mangsa memberikan sejumlah wang kepadanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa berada seorang diri di dalam kedai keluarganya sebelum suspek yang bersenjatakan senjata tajam muncul dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang serta barang berharga kepadanya.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi memburu suspek dijalankan di kawasan berkenaan dan polis berusaha mendapatkan gambaran suspek memandangkan kawasan itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). Katanya, mangsa tidak sedarkan diri selepas kejadian itu apabila kehilangan banyak darah akibat kecederaan dialaminya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan polis meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes tampil memberikan maklumat.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata,” katanya.

No comments:

Post a Comment